SMK Sri Permata

Usaha, Jaya dan Berbakti

Keputusan sukan tara 2012

May 4th, 2012

KEPUTUSAN RASMI SUKANTARA SMK
SRI PERMATA 2012

SESI PAGI

ACARA

RUMAH

LOMPAT JAUH

LONTAR PELURU

100 METER

JUMLAH 

 

L1

P1

L1

P1

L1

P1

JERAI

23

5

40

22

37

26

153

KINABALU

18

4

35

32

29

14

132

TAHAN

14

-

44

8

28

10

104

BINTANG

27

9

25

13

36

19

129

LEDANG

21

2

35

18

30

16

122

Tempat pertama: Jerai

Tempat kedua: Kinabalu

Tempat ketiga: Bintang

SESI PETANG

ACARA

RUMAH

LOMPAT JAUH

LONTAR PELURU

100 METER

JUMLAH 

 

L2

P2

L2

P2

L2

P2

JERAI

30

32

42

28

35

24

191

KINABALU

19

23

30

15

22

21

130

TAHAN

25

23

38

22

30

23

161

BINTANG

33

26

50

23

39

23

194

LEDANG

28

20

47

20

33

11

159

Tempat pertama: Bintang

Tempat kedua: Jerai

Tempat ketiga: Tahan

 

MARKAH KESELURUHAN DICAMPUR
PAGI DAN PETANG

SESI/RUMAH

JUMLAH

KEDUDUKAN

JERAI                           

153+191=
334            

(1)

KINABALU

132+130=
262            

(5)

TAHAN

104+161=
265            

(4)

BINTANG

129+194=
323            

(2)

LEDANG

122+159=
281            

(3)

Disediakan oleh:
Cik Ilyani
Unit Sukan

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 (Sesi Pagi)

April 27th, 2012

Sila klik Jadual yang dikehendaki. Peperiksaan bermula :
9 Mei 2012: Tingkatan 4 dan 5
15 Mei 2012: Tingkatan Peralihan, 1,2 dan 3

Harap maklum>

Jadual Pertengahan Tahun Tingkatan Peralihan 1 dan 2 dgn pembetulan 15 mei

Jadual Pertengahan Tahun Tingkatan 3 2012

Jadual Pertengahan Tahun Tingkatan 4 dan 5 2012

 

Hari Kantin Pengawas 2012

April 1st, 2012

Hari Kantin 2012 Pada 21 Mac 2012 (Rabu), Lembaga Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata telah menjalankan Hari Kantin Pengawas 2012. Seramai 57 orang pengawas termasuk seorang bapa kepada seorang pengawas telah bekerjasama bagi menjayakan Hari Kantin pada tahun ini. Sebanyak 9 gerai tidak termasuk gerai Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah didirikan. Pukul 6.00 pagi, perhiasan bagi mencantikan serta memeriahkan lagi suasana. Pada pukul 7.30 pagi masakan telah dimulakan. Pengawas bersatu teguh, bercerai roboh dalam setiap gerai menyediakan menu mereka yang amat menarik sekali.

Gerai-gerai dibuka untuk perniagaan pada pukul 8.30pagi , pada waktu itu beberapa guru telah pun turun ke kantin dan menikmati makanan yang disediakan. Tempat untuk membeli kupon juga telah dibuka (pembelian dari kupon sahaja diterima). Waktu rehat pelajar bermula dari pukul 9.30 pagi, dan telah bergilir-gilir dari situ. Secara kebetulan, keputusan SPM juga telah diadakan pada hari itu, jadi mereka juga menikmati Hari Kantin sambil menunggu untuk mengambil keputusan mereka. Apabila akhir waktu persekolahan sesi pagi, makanan pun sudah berkurangan. Jadi para pengawas dengan lantasnya masak lagi untuk pelajar sesi petang. Bahan-bahan yang tidak mencukupi telah dibeli oleh “Ketua Stok”.

Hari Kantin pada tahun ini berakhir seperti biasa iaitu selepas waktu rehat pelajarTingkatan 2, yang juga merupakan waktu rehat terakhir. Setelah selesai, makanan juga telah habis dijual, Pengawas bergotong-royong untuk membersihkan dan meyusun semula perabut kantin. Akhir sekali, apabila semuanya telah selesai, ketua setiap gerai telah mengadakan perbincangan bersama ahli kumpulannya sambil mengira keuntungan yang mereka peroleh. Hari Kantin 2012 telah diakhiri dengan sesi penggambaran sesama ahli pengawas untuk dijadikan sebagai kenangan. Pada pukul 6.45 petang pengawas semua telah bersurai dan pulang ke rumah masing-masing untuk merehatkan diri setelah berpeluh menjayakan Hari Kantin pada tahun ini.

Disediakan oleh: Mohamad Adam
Setiausaha Hari Kantin 2012

Gempaknya My School

March 18th, 2012

 

On 6th March 2012 (Tuesday), SMK Sri Permata is privileged to be the first school to participate in the Gempaknya My School! Program, sponsored by Julie’s Biscuits.

The programme started with an art workshop for 20 students conducted by professional artist and graphic designer Mr Kenji Chai.  Thereafter, Mr Kenji and all the 20 students painted our school wall on the Bilik Sukan Block with a mural design.

 I am sure all students and staff have by now, seen the mural and have given appreciative praises.  It has certainly added to the enhancement of the beautification of the school.  A great work of art Mr Kenji and thank you very very much!!

 A workshop was also conducted for the 20 students on the painting of shoes.  Who would have thought that the dull white canvass shoes could turn into such exquisite works of art under the inspiration of Mr Kenji and of course the artistic talent of our students.  Great work guys!!

 

During the morning and afternoon recesses, our students also played the “Scoop & Win” game at the hall.  There was great excitement as students from various classes tried to scoop as many packets of assorted types of Julie’s Biscuits as possible  – and their bounty was their prize to take home.

 All in all it was a long, tiring day for Mr Kenji, our student artists and the teachers in charge (Pn Cheah, Pn Indra, En Hisyam, Pn Thana Sri, En Bathma & Pn Hamzatul Akmar) for when we finally closed shop for the day it was 6.35 pm but not before our student artists got personal autographed cartoons from Mr Kenji.

 Check out all the photographs of the entire day’s event at www.facebook.com/gempaknya.my.school

 “Beauty comes as much from the mind as from the eye.”

  ~Grey Livingston

 

Submitted by,

Pn Cheah Tean Hong

 

 

 

 

  1. Mr Kenji giving the students an insight of how art can be transformed into merchandise
  2. Our talented artists in shoe painting action
  3. Beautiful shoes and their owners
  4. Check out these cool shoes. Sri Permata students are giving Nike and Adidas a run for their money
  5. Students having fun with Julie’s ‘Scoop and win’ game
  6. Students posing with their teacher at the Gempaknya My School! event
  7. Before Gempaknya My School! – Does this look familiar?
  8. In the beginning… hhhmm… what is this?
  9. Everyone is hard at work
  10. Wow! Look at those bright flowers – painted by our talented Sri Permata artists
  11. The basketball contributor!
  12. Almost there… 80% done
  13. The last of the helpful assistants to Mr Kenji at 630pm
  14. Nice close up shot of the mural
  15. Finally all done up with the team who stayed until the very end
  16. Completed mural for SMK Sri Permata! Thank you Julie’s Biscuits and Gempaknya My School!

 

Persaraan Pengetua En Ong Hock Thye

March 18th, 2012

Majlis Persaraan Pengetua, En Ong Hock Thye telah diuruskan oleh Kelab Staf SMK Sri Permata pada 9 Mac 2012 (Jumaat) kerana tarikh sebenar persaraan beliau ialah pada 15 Mac 2012 jatuh pada masa cuti pertengahan penggal 1.

Majlis dimulakan dengan Perhimpunan rasmi murid-murid sesi pagi dan petang. Tetamu jemputan terdiri daripada Pengetua-pengetua dan Gurubesar Sekolah serta AJK Induk PIBG.

Pengetua diarak ke tapak perhimpunan dengan iringan pasukan kompang sekolah dan lintas hormat oleh gabungan ahli unit beruniform.

Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Pengawas sekolah, Saudari Christa Tan, diikuti oleh ucapan Penolong Kanan Pn Noriah Timah, ucapan YDP PIBG, YM Tengku Anuar Mussaddad dan diakhiri dengan ucapan Pengetua yang diraikan En Ong HT. En Tarmizi, selaku Pengerusi Kelab Staf membacakan biodata beliau.

Persembahan dimulakan dengan pasukan gendang cina, tarian naga, nyanyian dan tarian dari murid-murid dan guru. Kemudian semua Warga Sri Permata menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi semasa upacara memotong kek harijadi oleh En Ong.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata dari tetamu jemputan, PIBG, guru-guru, Unit-unit khas sekolah, ibu bapa dan murid-murid. Setelah bersalam dengan semua murid dan guru, En Ong HT dibawa dengan kereta khas meninggalkan kawasan sekolah.

Majlis diakhiri dengan jamuan tengah hari bersama-sama guru-guru dan AJK Induk PIBG.

PASUKAN BAHAS BAHASA INGGERIS

March 5th, 2012

Pasukan Bahas Sekolah telah mengambil bahagian dalam 3 pertandingan bahas dari bulan Januari hingga Februari 2012.

1. Pertandingan Bahas BI Peringkat Petaling Utama
Tarikh: 15-21 Februari 2012
Pencapaian : Tempat Ketiga
Ahli Pasukan: Kelvin Manuel Pillay (5 Jujur), Tharmendra Wemel (5 Jujur), Mohd Asyraf Mohd Nasir (5  Sopan), Nathalie Tay (4 Mesra), Jeanette Chew (4 Jujur)

2. Pertandingan The National Novice Debating Championships 2012 (Anjuran University Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam
Tarikh: 23-26 Februari 2012
Pencapaian: Pasukan A ( Kelviin Manuel Pillay, Nathalie Tay & Tharmendra Wemel Naidu) berjaya ke peringkat suku akhir daripada 100 pasukan yang terdiri dari mahasiswa & mahasiswi universiti seluruh Malaysia.

Kelviin Manuel Pillay telah berjaya menjadi antara 10 pembahas terbaik dalam pertandingan.

Penglibatan Roshan Sivabalan (2 Cekal) dan Kamal Aqif (3 Gigih) sebagai Juri/Hakim Pertandingan

3. World Schools Debate Championship 2012

Pembahas Kevin Manuel Pillay telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut. Pasukan Malaysia telah menduduki tempat ke-13 daripada 48 buah negara yang mengambil bahagian. Pasukan negara telah menewaskan pasukan dari negara USA, Sweden, Denmark, Pakistan dan Australia di peringkat awal

*Berita di Portal Pendidikan Utusan:

http://www.adap.com.my/info.php?id=849

Syabas & Tahniah kepada Pembahas Bahasa Inggeris SMK Sri Permata.

Pn Nallini
Penasihat Pasukan Bahas

*Ucapan terima kasih dan syabas juga kepada Pn Nallini atas usaha beliau mendorong dan memimpin pasukan bahas BI sekolah ^.^

SMK Sri Permata

Usaha, Jaya dan Berbakti