Persaraan Pengetua En Ong Hock Thye

Majlis Persaraan Pengetua, En Ong Hock Thye telah diuruskan oleh Kelab Staf SMK Sri Permata pada 9 Mac 2012 (Jumaat) kerana tarikh sebenar persaraan beliau ialah pada 15 Mac 2012 jatuh pada masa cuti pertengahan penggal 1.

Majlis dimulakan dengan Perhimpunan rasmi murid-murid sesi pagi dan petang. Tetamu jemputan terdiri daripada Pengetua-pengetua dan Gurubesar Sekolah serta AJK Induk PIBG.

Pengetua diarak ke tapak perhimpunan dengan iringan pasukan kompang sekolah dan lintas hormat oleh gabungan ahli unit beruniform.

Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Pengawas sekolah, Saudari Christa Tan, diikuti oleh ucapan Penolong Kanan Pn Noriah Timah, ucapan YDP PIBG, YM Tengku Anuar Mussaddad dan diakhiri dengan ucapan Pengetua yang diraikan En Ong HT. En Tarmizi, selaku Pengerusi Kelab Staf membacakan biodata beliau.

Persembahan dimulakan dengan pasukan gendang cina, tarian naga, nyanyian dan tarian dari murid-murid dan guru. Kemudian semua Warga Sri Permata menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi semasa upacara memotong kek harijadi oleh En Ong.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata dari tetamu jemputan, PIBG, guru-guru, Unit-unit khas sekolah, ibu bapa dan murid-murid. Setelah bersalam dengan semua murid dan guru, En Ong HT dibawa dengan kereta khas meninggalkan kawasan sekolah.

Majlis diakhiri dengan jamuan tengah hari bersama-sama guru-guru dan AJK Induk PIBG.

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.