Hari Kantin Pengawas 2012

Hari Kantin 2012 Pada 21 Mac 2012 (Rabu), Lembaga Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata telah menjalankan Hari Kantin Pengawas 2012. Seramai 57 orang pengawas termasuk seorang bapa kepada seorang pengawas telah bekerjasama bagi menjayakan Hari Kantin pada tahun ini. Sebanyak 9 gerai tidak termasuk gerai Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah didirikan. Pukul 6.00 pagi, perhiasan bagi mencantikan serta memeriahkan lagi suasana. Pada pukul 7.30 pagi masakan telah dimulakan. Pengawas bersatu teguh, bercerai roboh dalam setiap gerai menyediakan menu mereka yang amat menarik sekali.

Gerai-gerai dibuka untuk perniagaan pada pukul 8.30pagi , pada waktu itu beberapa guru telah pun turun ke kantin dan menikmati makanan yang disediakan. Tempat untuk membeli kupon juga telah dibuka (pembelian dari kupon sahaja diterima). Waktu rehat pelajar bermula dari pukul 9.30 pagi, dan telah bergilir-gilir dari situ. Secara kebetulan, keputusan SPM juga telah diadakan pada hari itu, jadi mereka juga menikmati Hari Kantin sambil menunggu untuk mengambil keputusan mereka. Apabila akhir waktu persekolahan sesi pagi, makanan pun sudah berkurangan. Jadi para pengawas dengan lantasnya masak lagi untuk pelajar sesi petang. Bahan-bahan yang tidak mencukupi telah dibeli oleh “Ketua Stok”.

Hari Kantin pada tahun ini berakhir seperti biasa iaitu selepas waktu rehat pelajarTingkatan 2, yang juga merupakan waktu rehat terakhir. Setelah selesai, makanan juga telah habis dijual, Pengawas bergotong-royong untuk membersihkan dan meyusun semula perabut kantin. Akhir sekali, apabila semuanya telah selesai, ketua setiap gerai telah mengadakan perbincangan bersama ahli kumpulannya sambil mengira keuntungan yang mereka peroleh. Hari Kantin 2012 telah diakhiri dengan sesi penggambaran sesama ahli pengawas untuk dijadikan sebagai kenangan. Pada pukul 6.45 petang pengawas semua telah bersurai dan pulang ke rumah masing-masing untuk merehatkan diri setelah berpeluh menjayakan Hari Kantin pada tahun ini.

Disediakan oleh: Mohamad Adam
Setiausaha Hari Kantin 2012

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.