PERATURAN SEKOLAH

Menu Peraturan Sekolah

 

Peraturan Sekolah bertujuan untuk membina pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, adil, rasional dan bertimbang rasa. Disiplin yang baik mewujudkan suasana sekolah yang harmonis dan teratur di samping menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Disiplin sekolah akan meminda dan menambah peraturan dari semasa ke semasa apabila timbul keperluan. Pindaan dan tambahan ini akan diumumkan dan dikuatkuasakan. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk mengetahui dan mematuhi Peraturan Sekolah. Pihak sekolah berhak mengenakan tindakan tatatertib terhadap sebarang pelanggaran Peraturan Sekolah.

A. MASA SEKOLAH

1. Sidang Pagi
  Isnin hingga Khamis 7.20 pagi hingga 1.10 atau 1.45 petang
  Jumaat 7.20 pagi hingga 12.35
2. Sidang Petang
  Isnin hingga Khamis
Khamis sahaja (Peralihan)
1.10 petang hingga 6.45 petang

 1.10 petang hingga 4.10 petang

  Jumaat 2.15 pagi hingga 6.40 petang

Sebelum Masa Sekolah, pelajar mesti bersedia untuk perhimpunan harian. Pelajar sesi pagi beratur mengikut kelas masing-masing pada jam 7.20 pagi. Pelajar sesi petang beratur di dewan terbuka sekolah sepuluh minit sebelum masa sekolah.

Pelajar yang datang lewat dikehendaki melaporkan diri kepada pengawas bertugas atau Guru Disiplin untuk mendapatkan surat salah laku pelajar dan surat iizin masuk kelas. Tanpa surat ini, pelajar yang lewat tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Surat izin ini ditunjukkan kepada guru yang sedang mengajar kemudian dilekatkan pada buku ponteng oleh Ketua Tingkatan.

B. KETIDAKHADIRAN PELAJAR

1. Semua pelajar mesti hadir ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pengetua.

2. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit, mesti menyerahkan surat doktor atau surat keterangan cuti sakit daripada ibu bapa atau penjaga dengan segera. Surat daripada ibu bapa atau penjaga mesti menggunakan kertas surat dan sampul surat yang sesuai. Kertas buku latihan tidak akan dilayan.

3. Pelajar yang memberi surat doktor yang palsu atau memalsukan tandatangan ibu bapa atau penjaga akan dikenakan tindakan tatatertib.

4. Pelajar yang tidak hadir tanpa sebab dianggap ponteng dan boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk buang sekolah.

5. Pelajar wajib memberi nombor telefon rumah dan pejabat ibu bapa atau penjaga kepada Guru Tingkatan pada minggu pertama persekolahan. Jika tiada nombor telefon saudara atau jiran mesti diberi untuk perhubungan ketika berlaku kecemasan.

6. Pelajar mesti memberitahu Guru Tingkatan sebarang pertukaran alamat surat-menyurat dan nombor telefon dengan segera.

 

Garis panduan tindakan displin pelajar ponteng adalah seperti berikut:

 

a) Surat Amaran 1 ( Biru )

tidak hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari

berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.

b) Surat Amaran 2 ( Kuning ) + ( Kaunseling )

10 hari berturut- turut atau 20 hari berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.

c) Amaran Ketiga ( Merah / Kaunseling / Ibu bapa dipanggil )

17 hari berturut turut atau 40 hari berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.

d) Buang Sekolah ( Ibu bapa dipanggil / Surat rasmi daripada Pengetua / Pos )

31 hari berturut turut atau 60 hari berselang tanpa apa-apa maklumat daripada ibu- bapa.

( Semua surat amaran akan diuruskan oleh Guru Kelas / dengan pengetahuan HEM dan Guru Kelas mestilah menelefon ibu bapa / penjaga setiap kali surat amaran dikeluarkan. )

 

C. PAKAIAN DI SEKOLAH

1. Pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa di dalam kawasan sekolah , mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah kecuali dengan kebenaran daripada Pengetua. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.

2. Baju-T sekolah boleh dipakai untuk menjalani aktiviti kokurikulum pada luar waktu sekolah seperti bergotong-royong, permainan dan aktiviti seumpamanya.

3. Pelajar wajib sentiasa berpakaian sopan, tertib, bersih dan beradap di sekolah, termasuk ketika menghadiri kelas tambahan, konsert atau berurusan di sekolah

Pakaian pelajar lelaki

 

1.1 Seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman (dark olive)

1.2 Kemeja putih berlengan pendek jenis kain kapas.lengan baju 1-3cm dari siku

1.3 Kemeja putih berkolar tiada lisu di depan dan belakang.

1.4 Pelajar bukan pengawas / pengawas pusat sumber tidak dibenarkan memakai baju berlengan panjang.

1.5 Singlet putih/baju dalam berwarna putih sahaja yang boleh dipakai dalam baju kemeja. ( pastikan lengan baju dalam tidak melebihi lengan baju kemeja)

1.6 Poket butang berwarna tidak dibenarkan.

1.7 Poket lebih tidak dibenarkan

1.8 Mesti ditampal “daun petaling” untuk pelajar sesi pagi sahaja.

1.9 Mesti dijahit Lencana,dan tag nama

1.10 Ukuran seluar kaki 8-9 inci/ tidak melebihi 1/2 tapak kaki( kaki seluar lebih lebar tidak dibenarkan)

1.11 Paras bukulali ( singkat atau terlalu labuh tidak dibenarkan )

1.12 Kaki seluar mestilah dilipat ke dalam dan berjahit

1.13 Kaki seluar yang senteng dan ketat tidak dibenarkan.

1.14 Seluar terlalu kembang dan lisu-lisu yang banyak tidak dibenarkan.

1.15 Poket pada bahagian peha tidak dibenarkan.

1.16 Poket/kocek belakang berpelapik atau kocek tampal tidak dibenarkan.

1.17 Kelangkang seluar yang sesuai dan menutupi pusat. Tidak terlalu pendek di bawah pusat.

1.18 Seluar londeh tidak dibenarkan.

1.10 Pada hari Jumaat pelajar-pelajar lelaki Islam digalakkan memakai baju melayu yang lengkap ( baju dan seluar putih samping hijau dan songkok hitam)

 

2.0 Pakaian pelajar perempuan

 

2.1 Blouse putih, pinafore turquoise berwarna sian yang labuhnya hendaklah melepasi lutut.

2.2 Baju kurung teluk belanga dan kain sarung “A” line atau bersusun di sebelah kiri.

Baju kurung mestilah sentiasa di butang dan kain sarung bersusun di sebelah tepi.

2.3 Mereka juga dikehendaki memakai anak baju (camisole) hingga ke paras pinggang.

2.4 Baju kemeja berwarna putih,lengan pendek,berkolar dan tiada lisu di depan dan di belakang.

2.5 Baju kurung berwarna putih, labuh sampai ke paras lutut, berlengan panjang dan mesti di letak butang atau kerongsang.

2.6 Pelajar-pelajar perempuan Islam dibenarkan memakai tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu berwarna putih berbentuk 3 segi 2 sama dan kain lembut polister.

Ukuran tudung:- Dari sisi – di bawah paras bahu.

Dari depan hujung – di bawah paras pusat.

Dari belakang hujung – di bawah paras pinggang.

2.7 Mesti dilipat dan di letakan peniti bersaiz kecil dan tidak berwarna.

2.8 Tiada hiasan tepi tudung- contoh, renda atau sulaman.

2.9 Anak tudung berwarna putih untuk hari persekolahan.

2.10 Anak tudung berwarna hitam untuk aktiviti sekolah/ kokurikulum/PJK.

2.11 Tidak boleh menggunakan plastik penggeras tudung style waheeda / Bienda.

 

3.0 Kasut

3.1 kasut getah warna putih

3.2 kasut kanvas putih yang boleh dikapurkan

3.3 tinggi tidak melebihi paras buku lali

3.4 pelajar dilarang memakai selipar terompah, but, high-cut

3.5 kasut kulit / kasut sukan dilarang sama sekali walaupun berwarna putih.

3.6 tali kasut tidak boleh dililit tetapi mesti diikat dengan kemas

3.7 tali kasut mestilah berwarna putih sahaja

4.0. Stoking

4.1 berwarna putih berukuran 20cm dari tapak

4.2 tidak bercorak atau mempunyai hiasan / belang-belang

4.3 ukuran menutupi atas bukulali

5.0. Lencana

 

5.1 lencana nama pelajar hendaklah di sematkan di sebelah kiri dada kemeja / blouse/ baju kurung/ baju melayu.

5.2 pelajar perempuan yang memakai mini telekung dikehendaki menyematkan lencana di sebelah kiri mini telekung.

5.3 bagi pelajar sesi pagi lencana daun petaling hendaklah dilekatkan pada kolar kiri /leher kiri baju kurung atau baju melayu .

5.4. lencana tidak boleh di warnakan atau diconteng .

5.5 mesti dijahit menggunakan benang putih

5.6 tidak dibenarkan tampal sahaja

5.7 Lencana yang lusuh / kabur / tidak jelas perlulah diganti baru.

6.0 Tanda nama

 

6.1 dilekatkan di tudung atau baju kurung/ pinafore/ kemeja .

6.2 dijahit menggunakan benang putih

6.3 kedudukan di atas pada lencana sekolah

6.4 pelajar yang memakai tudung juga di kehendaki menjahit tanda nama di atas tudung.

6.5 mestilah mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk setiap tingkatan.

6.6 Tanda nama yang lusuh / kabur / tidak jelas perlu diganti

6.7 Boleh ditempah melalui Koperasi Sekolah

6.8 Pelajar yang tiada tanda nama akan dikenakan tindakan disiplin

6.9 Pelajar-pelajar dilarang :-

(a) memakai tag nama pelajar lain,

(b) menconteng / merosakkan tag nama, dan

(c) mengubah huruf dan angka pada tag nama.

7.0 Tali leher

7.1 tali leher wajib dipakai pada hari perhimpunan rasmi sekolah kecuali pelajar perempuan yang memakai baju kurung.

7.2 mesti di ikat kemas panjang sehingga paras pusat.

7.3 tali leher tidak boleh diikat pendek/ kontot

7.4 tidak boleh menggunakan tali leher selain tali leher sekolah.

7.5 bahagian bawah tali leher mestilah dibiarkan tajam.

7.6 Pelajar dilarang menconteng, melukis gambar pada tali leher.

7.7 Tali leher yang diconteng/ dilukis / kabur / lusuh perlu diganti baru.

 

 

 

 

8.0 Tali pinggang

8.1 Tali pinggang hendaklah berwarna hitam atau coklat tua

8.2 lebar tali pinggang ialah 1.5cm hingga 3cm.

8.3 pelajar tidak di benarkan memakai tali pinggang yang berkepala besar / lebih 2 inci

8.4 tali pinggang berwarna putih dan lain –lain warna tidak di benarkan .

8.5 tali pinggang yang tidak mematuhi syarat akan dirampas.

 

D. KEKEMASAN DIRI

1. Pelajar mesti menjaga kekemasan diri pada sepanjang masa sama ada semasa di dalam kawasan sekolah, mengikuti rombongan sekolah atau mewakili sekolah di luar sekolah. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.

2. Pelajar dilarang memakai hiasan yang tidak dibenarkan.

RAMBUT

 

SEMUA PELAJAR

1. Rambut tidak boleh dikerinting atau diwarnakan / celup.

2. Rambut berfesyen tidak dibenarkan. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan `ekor rambut’.

3. Rambut yang berjuntai ke hadapan di dahi tidak melebihi paras kening.

 

PELAJAR LELAKI

  • semua pelajar lelaki hendaklah berambut pendek,kemas dan tidak mencecah kolar baju .
  • tidak dibenarkan mengkeriting atau mewarna rambut
    • tidak dibenarkan membotakan rambut atau menyimpan gaya rambut jenis skin- cut atau skin-head.
    • pelajar lelaki berketurunan sikh dibenarkan menyimpan rambut panjang dan berturban. Warna turban ialah hitam atau biru tua
    • rambut belakang tidak melebihi garisan bawah cuping telinga/ menyentuh kolar baju / 1 – 2cm di atas kolar baju.
    • rambut sebelah sisi tidak menutup kedua- dua paras cuping telinga sebelah atas atau sebahagiannya.
    • side burn / pelipis tidak boleh melebihi garisan tengah hidung / setengah anak telinga
    • rambut ke depan tidak menutup bahagian garisan tengah dahi / tidak mencecah bulu kening apabila ditarik.
    • rambut di atas atau bahagian tengah kepala tidak melibihi 6 cm panjang.
      • pelajar dilarang sama sekali berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk,berekor dan diwarnakan,Trojan / durian / ceracak atau apa sahaja fesyen yang tidak menggambarkan imej seorang pelajar.
      • pelajar juga dilarang memakai gel dan membentuk rambut seperti ‘trojan,ceracak,durian,dan seumpamanya
      • pelajar tidak dibenarkan mengukir apa-apa perkataan atau bentuk pada rambut / kepala.

PELAJAR PEREMPUAN

  • pelajar yang tidak bertudung atau bukan Islam dinasihatkan berambut hingga mencecah bahu sahaja.
  • jika berambut panjang menyentuh atau melebihi paras bahu,diwajibkan mengikat rambut .
  • cara mengikat rambut adalah seperti ekor kuda (pony tail) dengan reben berwarna hitam atau biru tua.
  • mewarnakan rambut tidak dibenarkan sama sekali walaupun menggunakan inai.
  • pelajar perempuan dilarang berambut pendek yang menyerupai lelaki.
    • pelajar hanya di benarkan menggunakan getah rambut,sepit rambut dan cekak rambut berwarna biru gelap dan hitam sahaja.
    • reben besar dan klip rambut berwarna-warni tidak dibenarkan.
      • pelajar perempuan Islam yang mewarnakan rambut mestilah menghitamkan semula, jika tidak pelajar tersebut diwajibkan memakai tudung / mini telekung.
      • Pelajar perempuan bukan Islam yang mewarnakan rambut mestilah menghitamkannya, jika tidak akan diarah pulang. ( Ibu bapa terpaksa mengambilnya di sekolah )

KUKU

  • kuku hendaklah pendek dan bersih.
    • Semua pelajar dilarang berkuku panjang. Sekiranya mempunyai kuku panjang pihak sekolah berhak memotongnya pendek .
    • pelajar dilarang mewarnakan kuku /mengecat kuku walaupun dengan menggunakan inai .
    • pelajar yang engkar dengan arahan memotong kuku akan dikenakan tindakan disiplin.

 

KENING

 

  • pelajar tidak dibenarkan mencukur,mencabut atau mentatoo bulu kening.
    • pelajar juga dilarang mencukur/mencabut/mengunting semua jenis bulu di kawasan muka kecuali misai/kumis dan janggut.
    • pelajar dilarang menggunakan celak aneka atau mascara atau apa saja alat solek.
    • Pelajar dilarang memakai subang pada kening

BARANG KEMAS / HIASAN

1. Semua pelajar dilarang memakai atau membawa pendant, gelang, rantai, cincin, rantai kaki dan barang-barang kemas lain.

2. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai subang dan anting-anting.

3. Pelajar perempuan hanya dibenarkan memakai sepasang subang berbentuk kecil, tidak berfesyen dan tidak ditahtakan sebarang jenis batu. Jika berbentuk cincin, diamternya tidak boleh melebihi 1.2 cm.

4. Pelajar tidak dibenarkan memakai jam tangan yang terlalu besar atau berfesyen keterlaluan.

5. Pelajar dilarang memakai tatu atau jenis corak lain dengan pelekat dan seumpamanya pada mana-mana bahagian tubuh badan.

6. Barang hiasan untuk beg seperti `soft toys’ loceng dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

E. PERATURAN SEMASA PERHIMPUNAN

1. Pelajar mesti beratur dengan segera mengikut kelas masing-masing.

2. Semasa lagu Kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan, pelajar dikehendaki berdiri tegak dan nyanyi bersama.

3. Pelajar tidak boleh bercakap / bising / mengganggu perhimpunan.

4. Pelajar tidak boleh keluar atau masuk dari dewan terbuka semasa perhimpunan.

5. Pelajar yang lewat untuk perhimpunan dikehendaki beratur di tepi dewan terbuka dengan senyap.

6. Pelajar dikehendaki mematuhi arahan Pengawas semasa pemeriksaan dilakukan.

F. PERATURAN DI DALAM KELAS / BILIK DARJAH

 

1. Selepas diambil kedatangan di dewan terbuka, pelajar beratur dan kembali ke kelas masing-masing.

2. Pelajar mesti berdiri dan mengucapkan selamat kepada guru yang masuk ke kelas. Sekiranya Pengetua atau guru-guru yang lain datang melawat kelas, pelajar berbuat demikian juga.

3. Pelajar sentiasa membawa buku teks, buku latihan, buku kerja, kerja kursus, alat tulis yang sesuai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran.

4. Pelajar yang tidak dibenarkan membaca bahan bacaan yang tidak ada kaitan dengan pelajaran. Pelajar mesti sentiasa bersedia mengikuti pelajaran dan latihan bertulis yang diberikan oleh guru mesti disiapkan dan dihantar pada masa yang ditetapkan.

5. Pelajar mesti menyoal atau menjawab soalan secara bersopan santun dan menghormati guru.

6. Jadual tugas serta pelan duduk di dalam kelas disediakan oleh Ketua Tingkatan mengikut arahan Guru Tingkatan. Tempat duduk pelajar tidak boleh ditukar tanpa keizinan Guru Tingkatan.

7. Pelajar sentiasa berdisiplin sama ada ketika guru berada di dalam kelas atau tidak.

8. Pelajar hendaklah menghormati Ketua Tingkatan dan pelajar lain.

9. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kelas.

10. Pelajar hendaklah menjaga kemudahan di dalam kelas. Ketua Tingkatan atau Pengawal Perabot bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda kelas kepada Guru Tingkatan dengan segera.

11. Pelajar tidak dibenarkan makan / minum atau membawa makanan / minuman ke dalam bilik darjah kecuali bekal untuk waktu rehat. Makanan ringan seperti kuaci, gula-gula dan kek (hari jadi,dll) dilarang.

12. Buku teks pelajar dan barang persendirian tidak dibenarkan disimpan di dalam laci meja.

13. Pelajar yang ingin keluar dari kelas untuk sesuatu urusan mesti mendapatkan keizinan daripada guru dan mendapatkan kad pas daripada guru. Pas dipulangkan kepada guru sebaik sahaja pelajar kembali ke kelas.

14. Pelajar hendaklah keluar dari kelas pada waktu rehat kecuali pelajar yang bertugas membersihkan kelas.

15. Pelajar yang tidak sihat dan perlu berehat di dalam kelas atau di Bilik Pengetua mesti mendapat surat izin daripada Pengetua atau Penolong Kanan HEM / Penyelia Petang. Pelajar tidak dibenarkan tidur / `berehat’ semasa guru mengajar.

16. Pelajar yang ingin balik awal sebab sakit dikehendaki mendapatkan kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan HEM / Penyelia Petang. Untuk sebab-sebab lain, ibu bapa atau penjaga dikehendaki datang ke sekolah menyatakan sebab-sebabnya.

G. PELAJARAN DI BILIK KHAS / DI LUAR KELAS

1. Pada waktu pelajaran Sains (jika menggunakan Makmal Sains) Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup, Komputer atau Pendidikan Seni, semua pelajar di kehendaki tinggalkan bilik darjah dan menuju ke bilik khas dengan langkah yang cepat dan senyap.

2. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam Pusat Sumber, makmal, bengkel, Bilik Komputer, bilik Pendidikan Seni tanpa kebenaran guru.

3. Pelajar mesti beratur semasa pergi ke bilik khas atau semasa balik ke bilik darjah sendiri. Pelajar tidak dibenarkan singgah di tandas, kantin, kelas lain atau tempat-tempat lain.

H. WAKTU REHAT

1. Pelajar tidak dibenarkan keluar awal untuk waktu rehat kecuali Pengawas, Pengawas Koperasi dan pelajar yang mendapat kebenaran.

2. Pelajar hanya dibenarkan makan di kantin sekolah. Sebarang makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan sekolah.

3. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat.

4. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilk darjah pada waktu rehat kecuali pelajar yang bertugas.

5. pelajar tidak dibenarkan membeli apa-apa pun daripada penjaja di luar kawasan sekolah.

6. Pelajar wajib makan dan minum dengan sopan di kantin dan menjaga kebersihan.

7. Peraturan membeli makanan / minuman dan peraturan selepas makan mesti dipatuhi.

8. Pelajar dikehendaki mematuhi masa rehat mengikut tingkatan seperti yang telah ditetapkan.

I. SELEPAS WAKTU SEKOLAH.

1. Pelajar yang tidak terlibat dalam gerak kerja kokurikulum, bertugas atau tiada urusan sekolah lain hendaklah balik ke rumah selapas waktu persekolahan. Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau di kawasan sekolah atau di tempat lain.

2. Pelajar yang hendak belajar atau berbincang tentang pelajaran, boleh berbuat demikian di Perpustakaan.

J. GERAK KERJA KOKURIKULUM / SUKAN

1. Semua pelajar wajib mengambil bahagian dalam gerak kerja kokurikulum.

2. Semua gerak kerja kokurikulum dijalankan di bawah penyeliaan guru penasihat. Pelajar dilarang menjalankan aktiviti kokurikulum di dalam kelas tanpa kebenaran sekolah.

3. Segala kegiatan persatuan / kelab sekolah yang diadakan di luar sekolah atau pada luar waktu yang ditetapkan, mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak sekolah dan ibu bapa terlebih dahulu.

4. Pelajar mesti mematuhi perlembagaan kelab / persatuan / persatuan yang telah disahkan oleh pihak sekolah.

K. TATATERTIB PERGAULAN

1. Pelajar mesti sentiasa bersopan santun, berkerjasama dan bertimbang rasa terhadap guru, staf sokongan sekolah, pelawat sekolah dan pelajar lain. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan bahasa yang kasar dan tidak bersopan.

2. Pelajar memberi ucapan selamat jika berjumpa dengan guru, staf sokongan sekolah atau pelawat sekolah.

3. Pelajar mesti memberi kerjasama serta mematuhi arahan Pengawas.

4. Pelajar hanya boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dalam pertuturan di sekolah. Loghat tidak boleh digunakan di dalam sekolah.

5. Segala bentuk penipuan, perjudian dan peniruan tidak dibenarkan.

6. Pelajar tidak dibenarkan memaparkan dan mengedarkan sebarang jenis iklan, promosi, gambar, pengumuman, notis atau poster tanpa kebenaran pihak sekolah.

7. Pelajar tidak boleh menimbulkan hasutan dan perkara yang sensitif yang boleh mewujudkan suasana tidak harmonis di sekolah.

8. Pelajar dilarang berniaga di dalam kawasan sekolah.

9. Pelajar tidak boleh menyertai kegiatan kongsi gelap / pertubuhan tanpa pendaftaran atau kebenaran sekolah.

10. Pelajar hendaklah sentiasa memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran.

11. Pelajar juga dikehendaki menyertai aktiviti sekolah dengan giat dan bertanggungjawab.

12. Pelajar tidak dibenarkan berjumpa dengan pelajar lain / pelajar sidang lain semasa pelajaran dijalankan kecuali dengan kebenaran sekolah.

14. Pelajar dilarang mengutip wang daripada pelajar lain tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. Urusan jual beli antara pelajar di sekolah tidak dibenarkan.

L. PENGGUNAAN KEMUDAHAN SEKOLAH

1. Tanpa kebenaran, pelajar tidak dibenarkan memasuki Pejabat, Pejabat Pengetua, Bilik Guru, Pusat Sumber, makmal, dewan dan bilik khas lain. Peraturan bilik-bilik khas hendaklah dipatuhi.

2. Tanpa kebenaran, pelajar tidak boleh memasuki bilik darjah lain. Pelajar yang memasuki kelas lain tanpa kebenaran / semasa ketiadaan orang lain di dalam bilik darjah itu boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana menceroboh.

3. Pelajar mesti sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

4. Pelajar hendaklah cermat menggunakan kerusi dan meja, air / elektrik, tidak merosakkan kolam ikan, tapak taman bunga, tidak mengotor / merosakkan tandas, atau menyalahgunakan alat pemadam api.

5. Pelajar bertanggungjawab menjaga dan menggunakan harta benda sekolah dengan cermat. Kemudahan di sekolah seperti padang bola, internet, siaraya dan komputer hanya boleh digunakan jika ada kebenaran pihak sekolah.

6. Meja, kerusi dan sebarang harta benda sekolah tidak boleh dialihkan dari satu bilik / dewan ke tempat lain tanpa kebenaran sekolah.

7. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.

M. PELAJAR YANG MEMBAWA KENDERAAN KE SEKOLAH

1. Pelajar tidak digalakkan membawa kereta ke sekolah. Kereta pelajar tidak dibenarkan diletak di dalam kawasan sekolah. Kereta yang diletak di luar kawasan sekolah hendaklah tidak menggangu penghuni / pengguna jalan raya.

2. Pelajar yang membawa motorsikal dan basikal ke sekolah hendaklah meletakkan kenderaan tersebut di tempat yang telah dikhaskan untuk pelajar sahaja.

3. Topi keledar tidak boleh dibawa ke dalam bilik darjah.

4. Pelajar yang tiba di sekolah lewat dikehendaki meletakkan motorsikal / basikal di tempat lain yang dikhaskan. Kenderaan ini akan dirantaikan.

5. Pelajar tidak dibenarkan menunggang motorsikal atau basikal di kawasan sekolah termasuk pada hujung minggu atau hari cuti sekolah.

6. Pelajar hendaklah menjaga ketenteraman dan bertimbang rasa terhadap kenderan pelajar lain ketika mengeluarkan kenderan sendiri semasa hendak balik.

N. KESALAHAN YANG BERAT

Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga

 

l Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dlm kegiatan dadah

l Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar tembakau

l Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebaran benda yg memabukkan/menghayalkan

l Mengancam atau memukul Pengetau, guru, pengawas atau pelajar yang lain.

l Melanggar peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan.

l Merosakkan harta benda kerajaan, sekolah, guru atau pelajar lain

l Menentang tindakan tatatertib yang dikenakan oleh guru atau Pengetua.

l Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan

l Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas/murid

l Biadap terhadap guru/pengawas/murid

l Memeras ugut guru/pengawas/murid

l Membawa,menggunakan senjata atau alat merbahaya

l Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain

l Mencuri, merompak,memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan

l Melakukan perjudian atau membabitkan diri dlm pertaruhan

l Mencetak,menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang

l Membabitkan diri dlm kump haran

l Mencabul kehormatan guru/murid

l Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabi’i

l Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan

l Bersekedudukan atau membabitkan diri dlm kegiatan tidak bermoral

l Mengintai murid lelaki/perempuan

l Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yg mencemarkan

l Merosakkan harta benda sekolah/guru

l Membawa atau menggunakan bhn letupan

l Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah

l Membabitkan diri dlm tunjuk perasaa, perhimpunan haram atau merusuh

l Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia

l Membawa atau menggunakan alat yg menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian

l Menganjur atau membabitkan diri dlm acara kebudayaan yg bertentangan dgn masyarakat Malaysia

l Menganjur atau membabitkan diri dlm acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia

l Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala(tidak berturut) selama 60 hari selama 1 thn sesi persekolahan

l Menggangu/menjejaskan kuasa Guru Besar/pengetua atau guru yg menjalankan tugas

l Membawa masuk tetamu dr luar kawasan sekolah tanpa kebenaran

l Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bhn lucah

l Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat

l Melakukan hubungan yg dicurigai

l Kesalahan2 lain yg difikirkan termasuk kategori ini

`Biadap’ termasuk menjeling, menunjukkan muka marah, menggunakan suara yang keras / kuat dan menunjukkan gerakan tangan yang tidak sopan terhadap seseorang.

 

 

KESALAHAN / SALAH LAKU SEDERHANA

l Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali

 

l Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran

l Keluar dr kawasan sekolah tanpa kebenaran

l Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/peperiksaan

l Ponteng sebarang acara rasmi sekolah

l Tidak menghormati lagu-lagu/ bendera/ jata sekolah, negeri dan kebangsaan

l Fesyen rambut keterlaluan sperti punk/skin head atau berwarna

l Menconteng pada harta benda sekolah

l Memakai pakaian barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan drpd 1 pada 1 cuping telinga

l Kesalahan lain yg difikir termasuk dlm kategori ini

 

 

KESALAHAN / SALAH LAKU RINGAN

l Menyimpan misai, janggut dan jambang

l Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu

l Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yg dilarang

l Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran

l Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran

l Berada di kantin pd waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran

l Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran

l Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran

l Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas

l Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam

l Memasuki bilik khas tanpa kebenaran

l Makan dan minumdlm bilik darjah

l Melakukan pembaziran elektrik/air

l Tidak memakai pakaian sekolah yg lengkap

l Semua kesalahan bersabit dgn pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)

l Datang lewat ke sekolah

l Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal

l Bising dlm bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain

l Menunggang atau memandu kenderaan dlm kawasan sekolah

l Berjalan-jalan tanpa kebenaran

l Tidak membuat gerakkerja yg ditugaskan

l Mengganggu kawasan

l Mengganggu guru

l Lewat masuk kelas

l Mengotorkan kelas

l Tidak duduk setempat

l Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini

 

 

BARANG-BARANGAN LARANGAN DI SEKOLAH

Bil Senarai Barangan
1 Pemadam cecair / Liquid Paper
2 Pen marker
3 CD, VCD, DVD dan pita Kaset ( Isi kandungannya lucah atau tidak )
4 “Gold Dust”, “ Silver Dust” tepung, telur , beg plastik berisi air
5 Gunting ( hujung tajam ), pisau potong, pembaris besi, pemutar skru, pemotong, playar, spana, pengetip kuku.Senjata atau alat berbahaya seperti kerambit, buku lima, pemutar skru dan lain-lain
6 Gambar lucah , video lucah, memory card lucah, buku komik lucah , majalah lucah
7 Majalah Hiburan /Komik kartun walaupun isi kandungan tidak lucah. / bahan cetakan yang tidak sesuai seperti komik, majalah hiburan, majalah fesyen, poster / kalendar / lencana artis, buku lagu, gambar foto, katalog, bahan lucah, buku kisah cinta remaja / dewasa, cerita seram berlebihan dan seumpamanya.
8 Dadah, pil-pil khayal, rokok, mancis, “lighter”
9 Daun terup, batu seremban, dan barang-barang permaian.
10 Sapu tangan besar (keys), , “hair band” ( selain daripada warna hitam, coklat, putih dan biru )
11 Getah / Kain Pengikat kepala.
12 Alat-alat solek seperti gincu, “eye shadow”, bedak, minyak wangi, deodran, cermin muka dan losen
13 Barang –barang kemas / hiasan seperti gelang, rantai, kalung, cincin, ( Bukan emas atau perak )
14 Brooch” baju kurung yang besar lebih daripada duit syiling 10 sen.
15 Gelang getah , gelang plastik , gelang suasa dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan amalan agama.
16 Tali pinggang berkepala besar melebihi 2 inci, tali pinggang berwarna / putih / berfesyen ( selain hitam dan coklat )
17 Subang, anting-anting hanya sepasang ( sepasang subang kecil untuk murid perempuan sahaja / pelajar lelaki tidak dibenarkan bersubang ) tidak dibenarkan gunakan plastik/lidi/ kayu untuk menutup lubang yang ditindik
18 Gula-gula getah ( chewing gum )
19 Pemegang kunci bersaiz besar / Rantai kunci bersaiz besar
20 Alatan / senjata berbahaya seperti buku lima, kapak kecil dan lain-lain.
21 Gambar diri berfokus keterlaluan / tidak sopan
22 Gambar/ Poster Artis/ Model
23 Kad poker / barangan untuk berjudi
24 Tanda-tanda/ lencana / label yang berunsur politik
25 Kad magic / kad pokemon / yo yo
26 Telur /Cat /Tepung
27 Minuman keras atau minuman yang boleh memabukkan
28 Dadah / pil-pil khayal / rokok / mancis / lighter
29 Bahan letupan / mercun / bunga api
30 Alat-alat elektronik seperti `game & watch’, `cyberpet’, pita video, cekera padat (CD), pita kaset, radio walkman, radio dan sebagainya.
   

 

 

Barang-barang Larangan yang Dirampas dan dipulangkan melalui Penolong Kanan HEM / Dituntut olen murid dengan Surat Amaran

 

Bil Senarai Barangan
1. Cermin mata hitam / gelap / bingkai yang berwarna selain gelap seperti merah,putih/ fancy
2. Topi / Kopiah / Kemeja “t” berwarna
3 Pakaian “t” berwarna / bergambar ,
4 Stoking belang, kasut sukan / kasut kulit berjenama, selipar
5 Bola sepak, bola keranjang, skateboard, scooter, roller blade
6 Seluar berkaki lebar ( lebih ½ daripada tapak kaki) dan berlambang tertentu contoh “ playboy
7 Seluar berkaki kecil / sendat dan berlambang kumpulan / jenama tertentu contoh “ playboy
8 Seluar poket tampal / poket lebih
9 Baju singlet / baju “t” tanpa lengan
10 Pakaian luar sekolah
11 Tali pinggang yang tidak dibenarkan
12 Jaket / Sweater / Windbreaker

Barang-barang Larangan yang Dirampas dan dipulangkan dan ibu bapa / penjaga dipanggil / diminta hadir untuk menuntutnya serta dikenakan Surat Amaran

 

Bil Senarai Barangan
1. Barang –barang kemas / hiasan seperti gelang, rantai, kalung,cincin, ( emas atau perak )
2. Subang, anting-anting ( emas atau perak sahaja)
3 Telefon bimbit / handphone
4 Perakam Video/ CD / DVD
5 Kamera
6 MP3 / MP4 / Walkman / pager
7 Membawa teropong
8 Permainan elektronik / digital
9 Hands free

 

 

CARA TINDAKAN DISIPLIN DIAMBIL

 

Bil Jenis Kesalahan Tindakan
1. Melakukan kesalahan ringan sebanyak tiga kali – Amaran 1– Kaunseling
2. Melakukan kesalahan sederhana 1 kali – Amaran 1– Kaunseling
3. Melakukan kesalahan sederhana 2 kali – Amaran 2– Kaunseling– Ibu bapa dipanggil
4. Melakukan kesalahan sederhana 3 kali – Amaran 3– Kaunseling– Ibu bapa dipanggil

– Surat Perjanjian

5. Melakukan kesalahan sederhana 4 kali Surat pertuduhan gantung / buang dikeluarkan– Kaunseling
6. Melakukan kesalahan berat 1 kali Surat pertuduhan gantung / buang dikeluarkan– Kaunseling

 

CARA TINDAKAN TERHADAP SALAH LAKU PELAJAR

 

KOD KESALAHAN/PERLAKUAN   TINDAKAN DISIPLIN
  TINGKALAKU JENAYAH
111 Berjudi   Gantung/Buang sekolah
112 Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah   Gantung/Buang sekolah
113 Melawan/mangancam/memukul/mencederakan guru   Gantung/Buang sekolah
114 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas   Gantung/Buang sekolah
115 Memeras ugut   Gantung/Buang sekolah
116 Membuli/pelancoan   Gantung/Buang sekolah
117 Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap   Gantung/Buang sekolah
118 Menyalahgunakan dadah   Gantung/Buang sekolah
119 Membawa senjata merbahaya   Gantung/Buang sekolah
120 Mencabul kehormatan   Gantung/Buang sekolah
121 Melawan/mangancam/memukul/mencederakan pelajar lain   Gantung/Buang sekolah
122 Mencerobohi bilik khas/kedai koperasi/pejabat sekolah   Gantung/Buang sekolah
123 Mengedar dadah   Gantung/Buang sekolah
124 Menunjuk perasaan/berpiket/manggangu ketenteraman sekolah   Gantung/Buang sekolah
125 Bertaruh sacara besar-besaran   Gantung/Buang sekolah
126 Membawa masuk orang laur ke sekolah   Gantung/Buang sekolah
127 Membakar   Gantung/Buang sekolah
       
TINGKATAH LAKU LUCAH
221 Bercumbu-cumbu   Gantung/Buang sekolah
222 Berkhalwat/’Berdua-daun’   Gantung/Buang sekolah
223 Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah   Amaran/Panggil I/Bapa
224 Mengintai murid-murid perempuan   Amaran/Panggil I/Bapa
225 Menggunakan kata dan perbuatan lucah   Amaran/Panggil I/Bapa
226 Melukis dan menulis kata-kata dan gambar-gambar lucah   Amaran, Denda
       
TINGKAH LAKU KEKEMASAN DIRI
331 Berambut panjang/fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan sekolah   Potong terus
332 Berkuku panjang   Potong terus
333 Bermisai dan berjangut   Bercukur
334 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah    
 
  • Tiada lencana/lencana tidak dijahit
  Beli dan klipkan
 
  • Skirt sekolah atas paras lutut
  Amaran
 
  • Baju kurung tidak dikancing
  Amaran
 
  • Seluar berfesyen/jeans cutting
  Amaran
 
  • Tidak memekai tali leher
  Amaran
 
  • Tidak memakai stoking
  Amaran
 
  • Memakai pakaian luar ke sekolah
  Tidak dibenarkan masuk
 
  • Memakai kemeja yang berwarna di dalam pakaian seragan sekolah
  Baju dirampas
 
  • Memakai jeket/ Sweater/Wundbreaker
  Baju dirampas
 
  • Tidak memakai baju sukan pada waktu PJ
  Denda/Amaran
 
  • Memakai pakaian luar untuk kegaitan sekolah
  Tidak dibenarkan masuk
 
  • Tidak masukkan kemeja
  Amaran
335 Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah    
 
  • Memakai barang kemas, rantai emas
  Dirampas
 
  • Memakai rantai agama tanpa kebenaran
  Dirampas
 
  • Pengikat rambut berfesyen selain reben hitam dan putih
  Dirampas
 
  • Memakai lebih daripada sepasang subang
  Dirampas
 
  • Memakai subang berfesyen/besar/tidak sama
  Dirampas
 
  • Lelaki memakai subang
  Dirampas
336 Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan:    
 
  • Semua jenis alatan yang tajam
  Dirampas
 
  • Pemotong kuku
  Dirampas
 
  • Kemera/Radio/Walkman/Pager/Telefon bimbit
  Dirampas
 
  • Gambar diri berfokus keterlaluan/tidak bersopan
  Dirampas
 
  • Gambar/poster Artis/Model
  Dirampas
 
  • Liquid pape/Marker/Highlighter
  Dirampas
 
  • Pakaian luar sekolah
  Dirampas
 
  • Cermin mata hitam/teropong
  Dirampas
 
  • Kosmetik/cermin/minyak wangi
  Dirampas
 
  • Majalah Hiburan/Komik/Buku fiksyen yang dilarang
  Dirampas
 
  • Pita video/VCD/Kaset
  Dirampas
 
  • Kad poker/barang untuk berjudi
  Dirampas
 
  • Tanda-tanda/lencana/lebel yang berunsur politik
  Dirampas
 
  • Kad magik, Kad Pokemon, Yo Yo
  Dirampas
337 Memakai selepar/sandal   Dirampas
338 Tidak memakai stoking putih/yang ditetapkan oleh sekolah   Amaran
339 Tidak memakai kasut kanvas putih/yang ditetapkan oleh sekolah   Dirampas
340 Kuku berwarna/bercat/berinai   Amaran, Bersihkan
341 Mewarnakan rambut   Ibu bapa membawa anak pulang hingga dihitamkan
342 Mencabut bulu kening   Dirampas
343 Bersolek   Dirampas
       
TINGKALAH LAKU YANG TIDAK MEMENTINGKAN MASA
441 Berkeliaran/Merayau di kawasan sekolah   Amaran
442 Datang lewat ke sekolah   Denda. Slip masuk
443 Lewat ke perhimpunan   Amaran
444 Makan di kantin diluar waktu rehat   Amaran
445 Lewat pulang ke asrama   Amaran
446 Tidur di dalam kelas   Amaran/ Panggil I/Bapa
447 Bermain di dalam bilik darjah atau kaki lima   Amaran/Denda
448 Keluar kelas tanpa pas/Surat kebenaran   Amaran
449 Berada di kantin sebelum /selepas waktu rehat   Amaran
450 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran   Hubungi I/Bapa
451 Masuk ke kawasan sekolah tanpa urusan/kebenaran   Halau keluar
TINGLAKU YANG TIDAK KURANG SOPAN DAN BIADAP
551 Berkelakuan kasar terhadap guru   Amaran. Panggil I/Bapa
552 Berkelakuan kasar terhadap pengawas   Amaran
553 Berkelakuan kasar terhadap murid   Amaran
554 Berbahasa kesat/kasar   Amaran
555 Menyimpan rokok   Amaran. Panggil I/Bapa
556 Menghisap rokok   Amaran. Panggil I/Bapa
557 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran   Amaran.
558 Tidak menghormati guru   Amaran. Panggil I/Bapa
559 Tidak menghormati pengawas 5 Amaran.
560 Simpan/Edar minimuman keras/Miniman yang memabukkan 10 Amaran. Panggil I/Bapa
561 Menyimpan pemetik api/mancis 10 Amaran.
562 Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah 15 Amaran. Denda
563 Melanggar peraturan trafik 10 Amaran. Denda
       
TINGKALAH MUSNAH
661 Merosakkan harta benda sekolah 10 Amaran. Denda
662 Merosakkan harta benda pengetua dan guru-guru 10 Amaran. Denda
663 Merosakkan harta benda kantin sekolah 10 Amaran. Denda
664 Merosakkan harta benda pelajar 10 Amaran. Denda
665 Merosakkan harta benda asrama 10 Amaran. Denda
666 Melakukan pembaziran air atau elektrik 2 Amaran. Denda
667 Menyalahgunakan peralatan elektrik 10 Amaran. Denda
668 Mengotorkan kawasan/bangunan sekolah 10 Amaran. Denda
669 Mengotorkan kelas 2 Amaran. Denda
       
TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR/MENIPU
771 Menipu yang melibatkan wang 15 Hubungi I/Bapa
772 Menipu yang melibatkan kepercayaan 15 Hubungi I/Bapa
773 Meniru semasa ujian/peperiksaan 15 Markah 0/Ikut perkeliling sekolah
774 Memelsukan keterangan/rekod rasmi 15 Hubungi I/Bapa
       
PONTENG
881 Ponteng kelas 2 Amaran
882 Ponteng sekolah    
 
  • 3 hari berturut-turut/10 hari tidak berturut-turut
6 Amaran Pertama
 
  • 3 hari berturut-turut/20 hari tidak berturut-turut
20 Amaran Kedua
 
  • 17 hari berturut-turut/40 hari tidak berturut-turut
40 Amaran Ketiga
 
  • 31 hari berturut-turut/60 hari tidak berturut-turut
50 Buang Sekolah
883 Ponteng Perhimpunan 5 Amaran
884 Ponteng kegiatan luar bilik darjah/kokurikulum 5 Denda
885 Ponteng ujian 5 Denda
886 Ponteng peperiksaan 10 Denda
887 Ponteng untuk ‘private study’/tuisyen 5 Amaran Betulis.Hubungi I/Bapa
888 Ponteng asrama 40 Gantung/Buang

DISEDIAKAN OLEH : MD.ZAHIR BIN AHMAD
KETUA GURU DISIPLIN SMK SRI PERMATA

update: Feb 2012