Tindakan Ketidakhadiran Murid

Garis panduan tindakan displin murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab adalah seperti berikut:

Amaran Pertama:Surat Amaran 1 ( Biru )
Tidak hadir 3 hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut tanpa apa-apamaklumat dari ibu bapa

Amaran Kedua:Surat Amaran 2 ( Kuning ) + ( Kaunseling )
10 hari berturut-turut atau 20 hari tidak berturut-turut tanpa apa-apa maklumat dari ibu bapa.

Amaran Ketiga / Terakhir:Amaran Ketiga ( Merah / Kaunseling / Ibu bapa dipanggil )
17 hari berturut-turut atau 40 hari tidak berturut-turut tanpa apa-apa maklumat dari ibu bapa

Buang Sekolah:( Ibu bapa dipanggil / Surat rasmi daripada Pengetua / Pos )
31 hari berturut-turut atau 60 hari tidak berturut-turut tanpa apa-apa maklumat dari ibu bapa.

Surat Amaran ini hanya akan dikeluarkan jika pelajar tidak hadir ke sekolah TANPA sebarang sebab iaitu tidak mengemukakan Surat Doktor atau Surat Pemberitahuan dari ibu bapa / penjaga kepada guru kelas.

Ibu bapa / penjaga sila berikan alamat terkini kepada guru kelas untuk tujuan menghantar Surat Amaran tersebut. Kadang-kadang pihak sekolah mengalami kesulitan untuk menghubungi ibu bapa / penjaga kerana pertukaran alamat rumah, alamat rumah yang tidak betul atau lengkap, dan juga nombor telefon yang salah.Semua surat amaran akan diuruskan oleh Guru Kelas dengan pengetahuan PK HEM

Kerjasama dari ibu bapa / penjaga amat kami hargai.